December 2, 2012

dilemma amirah

dilemma .
dilema kehendak dan keperluan .
mahu lari jauh tinggalkan keperluan .
untuk kejar kemahuan .
tapi itu hanya angan-angan .


dilemma.
dilema kawan dan lawan .
mahu lari dari lawan .
tapi tak mungkin sebab dia kawan .
kawan yang kadang2 menyesakkan .

dilemma.
dilema hati dan fikiran .
ikut hati mahu pergi dan biarkan .
ikut fikiran perlu kuat dan bertahan .
jangan kalah teruskan perjalanan .

dilemma.
dilema sangat menyakitkan .
mengusutkan fikiran .
membunuh harapan .
menyesakkan pernafasan .

p/s : hati ini sakit . bila ada yang tak mahu faham , bila ada yang menyusahkan keadaan . tolong hentikan drama murahan . aku penat aku tak mampu bertahan . hanya kerana rasional aku tak berhenti dan teruskan perjalanan . kau si pelakon jalanan , sudahlah . aku muak aku jelak .



October 26, 2012

menulis ditulis tertulis

menulis ditulis tertulis ,
setiap itu punya maksud yang satu ,
yang bukan semua orang tahu ,
hanya punya frasa yang kelabu .

menulis ,
aku suka itu ,
mengekspresi dengan jitu ,
umpama peluru tak berpandu .

ditulis ,
hidup umpama karangan cerita si novelis ,
yang ada tawa girang sendu tangis ,
hanya perlu kuat hiraukan tragis .

tertulis ,
cuba kau sudah mengubah habis ,
tak henti kau percaya nanti ada magis ,
bila tak tercapai kau ketawa menangis .

menulis ditulis tertulis ,
satu janji Dia ,
kalau kau cuba penuh keringat ,
ganjaran hebat tinggilah darjat .

p/s : menulis ditulis tertulis , aku akan kejar itu , suatu yang aku mahu , walau orang kata aku dungu .

October 6, 2012

sembilan bulan

sembilan bulan .
aku simpan perasaan . 
gendong harapan .
kejar impian .

sembilan bulan .
aku hanya diamkan .
teruskan perjalanan .
layankan si dugaan .

sembilan bulan .
masih mengukir senyuman .
melukis angan-angan .
tak gentar tentangan .

sembilan bulan . 
lali dengan drama harian .
hilang sudah tangisan .
ganti dengan senyuman .

sembilan bulan . 
aku mahu tinggalkan .
usah kau cuba matikan .
kerna aku sudah tak mampu bertahan .

p/s : cekalkan hati , pandang ke hadapan . usah sesal , kejayaan menanti di hadapan .



September 2, 2012

good time :D

Assalamualaikum.
Good day everyone :)

Hari ni hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru di UKM.
Welcome juniors! ^_^
I felt so excited dengar mereka nak mendaftar masuk and terasa nak ikut mendaftar sekali dengan  mereka. Tapi tapi, tak boleh. Sebab masa untuk kita dah berlalu ~ 
So, akak mira ni duduk diam-diam kat rumah tumpang gembira jela ye.

Ok. Lets start my dear. My entry today is "GOOD TIME".
I told ya , I really had a good time there during my uni life , for three years. And for sure everyone have their own also . Maybe more interesting than me .
As a student , so much bitter & sweet moments that I couldn't forget. Seriously , I cant forget even for a second. I am really a person who live in her past. I wish I could turn back the time so I can explore and learn more what I missed before. I really wishhhhh for it ~

Lets the pictures tell u more :)


during last year Bulan Mesra Pelajar for batch 2011/2012

MAGIZ'11

JAKSA BATCH 2010/2011

KLFM , RTM

LIMA 2011

LIMA'S VOLUNTEERS

PERKAMPUNGAN MMP




WAITING FOR THE BUS, WENT TO BESUT TERENGGANU.


RAYA LAST YEAR! Miss them :')


Parlimen Malaysia



Port Dickson, SIFE.

Kami Kumpulan 6, Kem Belia Negara.

Asal kat lecture hall je mengantuk ~

Pantai Besut, Terengganu.


Pulau Tioman.

Happy time, swimming!

Miss this moment :')


Snorkeling, Tioman.

Graduan Beretiket, 1st program I joined.

During 1st year

Times Square with Yaya & Dila

I miss them too :')

Gamelan! Rindu nak mainnnnnnn :(

haa. dulu kita minat abang ni! HEHE.

Keroncong ~

Hari Belia Negara 2010

Time ni kita baru kenal Gf :)

di KLCC dengan YB yang tak berapa nak YB. hehe.

KAMI PRIHATIN collaboration with Kementerian Pembangunan Wanita

Ulu Yam



                        during Minggu Mesra Pelajar 2009, at Fakulti Ekonomi & Pengurusan



My ex-room mate and classmate and gamelan mate.





basketball di malam hari, Kolej Ungku Omar.

perempuan dan basketball  :D


lets go home, after finish our class.

Befday Gf, last year.

Pemudah Cara BMP 2011/2012.

Kalau nak cerita apa yang jadi for the whole three years memang takkan habis. All the pictures above is part of it. Zaman jadi pelajar universiti memang seronok. U will learn everything that u never have before. So pesanan untuk juniors, baik-baik pilih kawan, belajar baik-baik, kumpul sebanyak mana ilmu dan kemahiran dan yang paling penting for all muslims jangan lupa solat dan doa :)

All the best juniors! Jangan kecundang di tengah jalan :D

Lots of love,
Senior.