August 5, 2017

Rindu...


Lagu-lagu puitis bermain di minda,
Seguris perasaan menjengah,
Buat aku rindu...
Rindu pada aku yang dulu.


Sungguh hidup ini satu perjalanan,
Filem realiti yang panjang,
Kadang kita ketawa kadang kita menangis,
Tapi kita tak pernah kalah.


Kalah itu lumrah tapi bangkit itu kemestian,
Luahlah segala rasa pada Tuhan,
Pasti Dia akan bantu,
Tak akan Dia biar kau buntu.


Diri yang dirindu,
Masih jauh jalan hidup yang perlu ditempuh,
Pegang erat mereka yang kasih dengan ikhlas,
Moga terus tabah dan tak mudah rapuh.


p.s : aku rindu.

June 14, 2017

Hati yang gelisah


Bila bulan menerjah mentari petang,
Bayang malam mulai kelam,
Hati seakan menggumam,
Menguis rindu yang kadang datang.

Hati yang punya seribu rasa,
Usah gelisah usah mendesah,
Sungguh Tuhan tahu ia gelisah,
Padamlah, surutkanlah rasa terseksa.

_______________________________________________________________

Allah tak pernah berpaling, manusia yang selalu lupa dan alpa.
Tau apa penawar jiwa yang gersang? Kalam suci dan ibadah.
Wahai hati-hati yang kering kontang, carilah jalan pulang.
Sungguh masa tak menunggu kita. Esok lusa mungkin sudah tiada peluang.



Demi masa, kau selalu alpa,
AL

June 7, 2017

kata hati malam ini

'Cause I've been through it over and over and over
Over and over and over
Over and over and over
Oh, the fire, goodnight


~over & over - kelly rowland ft pharrell williams



kadang hidup kita ni terlalu dipengaruhi perasaan dan emosi.
sampai selalu lupa apa perlu apa tidak.
leka dengan fantasi sendiri, penuh angan dan impian.
tapi mampukah semua itu dicapai dan digapai?

kadang aku hilang dalam rasa yang luar biasa.
satu rasa yang aku akan pergi jauh.
jauh yang buat aku bahagia.
bahagia yang buat aku lupa derita.

orang kata two is better than one.
tapi aku rasa kadang sendirian itu perlu.
perlu untuk kita jadi tabah dan kuat.
perlu untuk kita kenal diri sendiri.

hati dan akal kadang tak sehaluan.
mana mungkin dapat kita fikirkan.
kadang cinta mengatasi kewarasankan?
akuilah. itu kenyataan yang tak tersangkal.

wahai hidup yang tidak aku tahu pengakhirannya,
impian aku hanya satu.
mahu cari diri yang sembunyi dibalik topeng dunia.
moga aku mampu jadi diri yang diredhai Ilahi.

aku tahu aku mampu bahagia sendiri.
cuma aku terbiasa dimanja orang yang dicintai.
cinta, andai satu hari nanti aku pergi,
usah dikenang aku. kuburkan saja aku dalam cerita ini.
mungkin aku hanya manusia yang hadirnya untuk buat kau bahagia seketika.

itu kata hati malam ini,
siapa tahu ini Ramadhan terakhirku.






May 30, 2017

Masa Yang Lalu


Masa yang lalu,
Lama ku biar ia terhenti,
Mengisi hari-hari penuh emosi,
Sungguh! kenapa ia masih di sini?

Wahai masa yang lalu,
Berlalulah seperti angin bayu,
Hati kini lebih utuh dan jitu,
Tak mungkin kalah tunduk layu.


_________________________________________________________________________________


Wahai masa yang lalu,
Setiap bait lukisan cerita memberi seribu erti,
Pengajaran hidup yang menduga tak henti,
Tapi syukur, diri masih kenal Tuhan Yang Hakiki.

Wahai masa yang lalu,
Ku terima itu dalam senyuman malu,
Syukur Tuhan tak henti dorong aku,
Dikuatkan iman ditunjukkan jalan tak buntu.

_________________________________________________________________________________

Wahai masa yang lalu,
Kenanglah aku si pengalah dungu,
Kerna kini aku gagah dan mampu,
Melangkah mengorak langkah baru.

Wahai masa yang lalu,
Jangan ditangisi pemergianku,
Ku janji tak kembali ke pangkuanmu,
Kerna kini cinta bahagia menghiasi duniaku.

_________________________________________________________________________________


Wahai masa yang lalu....


October 4, 2014

Untitled

Ah.
Ku hilang kata-kata.

Tak mampu berpuisi bermadah pujangga.
Hati ini...
Sudah terbiasa disejuk beku.
Duka gembira disimpan saja.
Hanya Tuhanku yang Esa mengerti segalanya.




P/s :

Oktober.
Tolong beri aku lebih masa.
Untuk ku ukir memori bahagia.
Mohon ku tabah hadap duka.
Tak putus asa agar dapat apa yang dicita.












February 17, 2013

boring yang gila

boring yang gila .
gila yang boring .
sighhhh .
aku mengeluh panjang .

aku tak tahu mengapa .
semakin hari semakin aku hilang arah .
berkali mencuba mencari jawapan .
namun buntu yang memenuhi fikiran .
sighhhh .
sekali lagi , keluh .

aku akui aku sudah dewasa .
23 .
itu bukan umur muda remaja .
itu tanda sudah belia dewasa .
tapi aku masih seperti dulu .
sikap yang dulu fikiran yang dungu .

ah !
harus bagaimana aku melangkah .
ke depan ?
ke belakang ?
ke kiri atau ke kanan ?
atau hanya membatu , di situ ?

tolong !
aku mahu suatu yang baru .
aku yang baru .
harus bagaimana aku mulakan ?
huh , soalan yang membebankan .
aku jemu .

kau .
mahu kau faham aku ?
mahu kau ganti tempat aku ?
mahu kau belajar untuk jadi aku ?
huh .
tak perlu .
aku ini membosankan .
membebankan .
menyusahkan .

mahu saja aku lari dari sini .
tapi , aku tak punya rasa berani .

sensetif .
pernah kau rasa itu ?
aku selalu .
semakin aku dewasa ,
semakin tebal rasa itu .
aku cuba buang .
tapi tak mampu .
dia semakin suka mendampingi .
aku bosan !

aku mahu jadi baik .
aku mahu jadi sempurna .
aku mahu jadi taat .
aku mahu jadi solehah .
boleh kau bantu ?
sudah pasti kau hanya mampu membatu .

YH kata diam itu lebih baik & tidak merugikan .
baik .
aku diam .
tapi bukan kerana aku salah .
tapi hanya kerana aku malas .
lebih baik beralah .
entah apa masalah .
kalau benar aku pesalah ,
mari terangkan .
biar aku terang aku faham .

aku penat .
aku sedar .
tiada apa aku mampu hulurkan .
tiada apa aku mampu ajarkan .
tiada apa aku mampu berikan .
yang aku mampu ,
menyakitkan & membebankan .

wahai engkau ,
jadilah lebih baik dari aku .
aku percaya .
kau mampu .

January 12, 2013

cinta .



kau pilih cinta , aku pilih cita-cita .

akhirnya , kau jumpa dia . 


dia yg mampu buat kau getar jiwa, tidur tak lena, rindu tak henti masa.

aku gembira. mohon kau terus bahagia . 
cuma satu aku pinta.
jangan kau lupa aku siapa, dan memori antara kita.





Cinta .
Cita-cita .
Kau pilih yang mana ?
Aku . . . aku nak dua-dua !

Yeah . siapa tak nak bercinta dan mencintai right ?
Tapi entah . buat masa ni aku terdorong lebih kepada cita-cita dan benda lain .
I don't know why , everytime people start asking me a bunch of questions about love , relationship , getting married , i felt uncomfortable . felt bored .
Sometimes , terasa macam ouhhh jelesnya tengok dia dah ada boyfriend! ouuhh jelesnya dia dah kahwin ! jelesssssssnya dia dah ada orang jaga ! jeles jeles jeles !!!
tapi , lepas tu rasa macam ouh tak pe, itu dah rezeki dia . Aku , its not the right time untuk fikir semua tu . 

Entah , aku pun tak tau kenapa .
Tak suka . 
Once I said , i just wanna be friend with you . Means we are just FRIEND .
Once I said , aku malas nak bercinta , pleaseeee . Please jangan suruh aku untuk cuba nak menerima or berkenalan dengan siapa-siapa .
Penat .
Penat nak fikir pasal lelaki .
Plus , I am not ready to have a partner .
Tengok lah amirah ni macam mana .
Diri sendiri pun tak terurus , makan minum mak tanggung lagi .
Kemas rumah tak pandai apa lagi memasak ! Jauh sekali tau nak memasak .
Sungguh tak sempurna & tak senonoh amirah ni .
Itu ada hati nak bercinta nak berkasih bagai ?
Tak perlu kot .

Amirah akan bercinta once dia rasa dia dah sedia ,  dia dah pandai masak , dia dah ada semua yang dia cita-cita kan.
So , seriously , tolong amirah kejar cita-cita bukan kejar cinta :D
Cuma berharap bila sampai masanya , amirah akan jumpa Mr. Right pelengkap sempurna <3



Bukan nak poyo , bukan nak mengada ,
cuma mahu meluah mengekspresi rasa .


big hug & kisses,
amirah.