bukan seperti dhiya
yang mampu memendam
dan hanya berdiam.
aku
bukan seperti syifa
yang sentiasa tenang
mengukir segaris senyuman.
aku
hanya seorang perempuan
yang ada sejuta perasaan
tak siapa mampu tafsirkan.
aku
mahu melangkah laju
tinggalkan masa lalu
mencoret lembaran baru.
aku
kini hanya aku
hilang dalam mimpi sembilu
bersama memori si biru.
p/s : aku.dim&soda.
No comments:
Post a Comment