boring yang gila .
gila yang boring .
sighhhh .
aku mengeluh panjang .
aku tak tahu mengapa .
semakin hari semakin aku hilang arah .
berkali mencuba mencari jawapan .
namun buntu yang memenuhi fikiran .
sighhhh .
sekali lagi , keluh .
aku akui aku sudah dewasa .
23 .
itu bukan umur muda remaja .
itu tanda sudah belia dewasa .
tapi aku masih seperti dulu .
sikap yang dulu fikiran yang dungu .
ah !
harus bagaimana aku melangkah .
ke depan ?
ke belakang ?
ke kiri atau ke kanan ?
atau hanya membatu , di situ ?
tolong !
aku mahu suatu yang baru .
aku yang baru .
harus bagaimana aku mulakan ?
huh , soalan yang membebankan .
aku jemu .
kau .
mahu kau faham aku ?
mahu kau ganti tempat aku ?
mahu kau belajar untuk jadi aku ?
huh .
tak perlu .
aku ini membosankan .
membebankan .
menyusahkan .
mahu saja aku lari dari sini .
tapi , aku tak punya rasa berani .
sensetif .
pernah kau rasa itu ?
aku selalu .
semakin aku dewasa ,
semakin tebal rasa itu .
aku cuba buang .
tapi tak mampu .
dia semakin suka mendampingi .
aku bosan !
aku mahu jadi baik .
aku mahu jadi sempurna .
aku mahu jadi taat .
aku mahu jadi solehah .
boleh kau bantu ?
sudah pasti kau hanya mampu membatu .
YH kata diam itu lebih baik & tidak merugikan .
baik .
aku diam .
tapi bukan kerana aku salah .
tapi hanya kerana aku malas .
lebih baik beralah .
entah apa masalah .
kalau benar aku pesalah ,
mari terangkan .
biar aku terang aku faham .
aku penat .
aku sedar .
tiada apa aku mampu hulurkan .
tiada apa aku mampu ajarkan .
tiada apa aku mampu berikan .
yang aku mampu ,
menyakitkan & membebankan .
wahai engkau ,
jadilah lebih baik dari aku .
aku percaya .
kau mampu .